Surprise Me!

Dua individu didakwa bunuh Muhammad Zakir Fikry

2026-05-20 3,160 Dailymotion

Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, di Kampung Binjai, Banggu, Kota Bharu pada 13 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Hakim Zikrullah Mohd Zamran, 25, dan Mohamed Eerman Daniel Mohamed Afrizal, 27, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780703/berita/semasa/dua-individu-didakwa-bunuh-muhammad-zakir-fikry

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MuhammadZakirFikry #Mahkamah #Jenayah