Surprise Me!

Malaysia buru status kuasa angkasa ASEAN

2026-05-23 877 Dailymotion

#WAWANCARA KHAS

Malaysia buru status kuasa angkasa ASEAN

Malaysia tidak lagi melihat teknologi angkasa sekadar berkaitan satelit atau misi penerokaan angkasa lepas, sebaliknya sebagai sumber ekonomi baharu yang mampu menjana pulangan besar kepada negara.

Ketua Pengarah MYSA, Datuk Azlikamil Napiah berkata, menerusi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), negara menyasarkan sektor itu menyumbang sekurang-kurangnya RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan baharu.

Ketika Malaysia kini berada dalam kelompok tiga negara teratas ekosistem angkasa di Asia Tenggara, pelbagai agenda besar sedang dirangka termasuk pembangunan tapak pelancar roket dan Bandar Angkasa.

Teknologi itu juga bukan lagi sesuatu yang jauh daripada kehidupan rakyat apabila data satelit kini membantu sektor pertanian, pengurusan bencana sehingga memudahkan nelayan mencari lokasi tangkapan ikan.

Ikuti wawancara khas bersama Datuk Azlikamil Napiah di semua platform digital Sinar Harian.