Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port menawarkan perkhidmatan feri percuma selama dua hari sempena Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. Inisiatif ini bertujuan memudahkan perjalanan rakyat, mengurangkan kesesakan serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.