Kejutan tenaga yang sedang melanda Malaysia ketika ini berbeza daripada krisis sebelum ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan hasil minyak, malah turut memberi kesan kepada bekalan penting seperti baja dan plastik. Kesan rantaian susulan sekatan di Selat Hormuz kini mula dirasai dalam sektor pembungkusan, pertanian dan kos makanan, sekali gus mendedahkan kelemahan yang tidak mampu ditangani melalui subsidi semata-mata.
Bagi memahami tekanan ini dengan lebih mendalam, penyelidik dan penganalisis dasar di South-East Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC), Dr Mikhail Rosli, menjelaskan bagaimana peranan Malaysia sebagai hab penapisan minyak, risiko tersembunyi dalam rantaian bekalan serta pertimbangan fiskal mempengaruhi daya tahan negara. Pandangannya menjelaskan mengapa isi rumah dan perniagaan turut merasai tempias kejutan secara tidak langsung, selain mengapa pilihan dasar lebih penting berbanding penyelesaian jangka pendek.