Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) pada Jumaat menerbitkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran serta Standard Pelakuan bagi menetapkan keperluan pelesenan, pendaftaran serta tanggungjawab pelakuan dalam pelaksanaan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025. Kedua-dua standard itu terpakai kepada enam aktiviti perniagaan utama di bawah Fasa 1 pelaksanaan AKP.