Keterujaan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk menaiki kereta baharu milik bapa saudaranya bertukar menjadi detik terakhir sebelum dia maut bersama lima ahli keluarganya dalam kemalangan tragis di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut ibu saudaranya, Norzamilah Ghazali, 50-an, Iskandar Affan Ibrahim begitu gembira apabila melihat nenek dan bapa saudaranya tiba dengan sebuah Proton X50 yang baru dibeli pada hari kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782870/berita/semasa/nahas-x50-iskandar-gembira-teruja-naik-kereta-baharu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #SUV #Lori #AlorSetar