Surprise Me!

Bukan hanya waktu kerja, kini LINDUNG 24 Jam - PERKESO

2026-06-09 337 Dailymotion

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjangkakan jumlah permohonan faedah kemalangan meningkat sehingga tiga kali ganda susulan pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam yang mula berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Azirruan Arifin berkata, peningkatan itu dijangka berlaku berikutan perluasan perlindungan kepada kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja termasuk ketika cuti, cuti umum dan aktiviti harian.