Surprise Me!

Rosmah diarahkan bayar RM67.5 juta berhubung isu barang kemas

2026-06-10 31 Dailymotion

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada sebuah syarikat barang kemas dari Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan puluhan barangan kemas mewah. Keputusan itu menamatkan pertikaian undang-undang yang berlarutan sejak lapan tahun lalu.