Fenomena penonton menjadi “detektif” dengan membina pelbagai teori dan spekulasi menjelang episod akhir Good Boys Go To Heaven membuktikan keterlibatan luar biasa terhadap siri Astro Originals itu. Pada masa sama, naskhah berkenaan turut membuka ruang dialog mengenai isu trauma kanak-kanak, keganasan seksual dan kesihatan mental.