Calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Bekas Menteri Pendidikan itu berdepan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied; Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia), Teow Chia Ling (Barisan Nasional) dan calon bebas, Wang Wee Siong.