Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan kerajaan Persekutuan menganaktirikan negeri tertentu dalam penyaluran peruntukan adalah tidak berasas kerana kebanyakan negeri menerima peruntukan yang lebih tinggi berbanding purata hasil yang dikutip.
Beliau berkata, agihan peruntukan kerajaan Persekutuan dibuat berdasarkan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat termasuk pelaksanaan projek kritikal seperti tebatan banjir, infrastruktur asas, sekolah serta kemudahan awam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785790/berita/nasional/hampir-semua-negeri-terima-peruntukan-persekutuan-melebihi-hasil-cukai---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AnwarIbrahim #Cukai