Surprise Me!

HONDA MALAYSIA RACING TEAM CEMERLANG DI PUSINGAN 2 MALAYSIA TOURING CAR CHAMPIONSHIP 2026

2026-06-30 19 Dailymotion

Pusingan kedua Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan Honda Malaysia Racing Team terus mencuri tumpuan dalam kategori MTC.

Gandingan Aaron Lim dan Avila Bahar tampil cemerlang apabila menamatkan Race 1 di kedudukan pertama, sebelum sekali lagi berada dalam kelompok hadapan pada perlumbaan seterusnya.

Turut memperkuat cabaran pasukan, jentera Honda Malaysia Racing Team #26 yang dipandu Lai Wee Sing dan Mohamed Farriz turut mempamerkan prestasi cemerlang, sekali gus memperlihatkan konsistensi pasukan sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Dengan aksi Round 2 yang semakin sengit, tumpuan kini terarah kepada MTCC Round 3 yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026.