Episod 1304 My #QuranTime 2.0 Khamis 9 Julai 2026 Surah Al-Syu'ara (26: 167-175) Halaman 374
Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah Al-Syu'ara ayat 167-175 halaman 374 ini adalah:
* Ancaman kaum Lut AS dan kebencian Lut AS atas perbuatan terkutuk kaumnya (167-168)
* Doa Nabi Lut AS mohon keselamatan keluarganya dan kebinasaan bagi golongan kufar (169-172)
* Penurunan azab yang pedih serta menjadi peringatan atas bukti kekuasaan-Nya (173-175)
Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 167-175 halaman 374:
* Tetap berprinsip walau diancam dan hindari kemaksiatan yang dimurkai Allah SWT (167-168)
* Mohon perlindungan Allah SWT daripada pengaruh dan persekitaran yang rosak (169)
* Takut kepada kemurkaan Allah SWT sebagai benteng yang menghalang diri daripada berbuat kemungkaran (173)
My #QuranTime
#QuranSolatInfak
World #QuranHour