SemiconStart Malaysia menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Strategi Semikonduktor Negara dengan memperkukuh laluan inovasi, pembangunan teknologi dan pengkomersialan syarikat semikonduktor tempatan. Diterajui MTDC dengan kerjasama Silicon Catalyst UK , program ini menyokong pertumbuhan syarikat pemula berpotensi tinggi bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam industri semikonduktor global.