Surprise Me!

LS2 Valiant III FF912

2026-07-27 1,045 Dailymotion

LS2 Valiant III FF912, turut dikenali sebagai Valiant Gear, telah diperkenalkan kepada media pada 24 Julai 2026 sempena LS2 Asia & Oceania International Convention 2026 di Kuala Lumpur.

Helmet modular ini kini menggunakan Tumbling with Expansion System, menggantikan mekanisme Fixed Roll pada generasi terdahulu. Sistem baharu itu membolehkan bahagian dagu dilipat ke belakang dengan lebih lancar dan rapat pada cangkerang helmet.

LS2 Valiant III dijangka memasuki pasaran Malaysia secara berperingkat mulai September 2026, manakala harga rasminya akan diumumkan kemudian.