Surprise Me!

Bukan Sekadar Buli: Understanding bullying and violence among teens

2026-08-04 14 Dailymotion

Bukan Sekadar Buli: Understanding bullying and violence among teens

Kes buli dan keganasan melibatkan remaja semakin kerap menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Daripada pergaduhan di sekolah hingga insiden yang lebih serius, persoalannya bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa yang sebenarnya mendorong seorang remaja bertindak sedemikian?

Dalam episod terbaru Pop Family Podcast, kita cuba memahami isu ini dengan lebih mendalam bukan sekadar melihat siapa yang bersalah tetapi mencari punca di sebalik tingkah laku tersebut.

Bagaimana ibu bapa boleh mengenal pasti tanda-tanda awal? Apakah faktor emosi, persekitaran dan tekanan yang boleh mempengaruhi tindakan remaja? dan bagaimana kita boleh membina komunikasi yang lebih baik supaya anak-anak berani berkongsi apa yang mereka lalui?

Bersama hos Nina Nadira, kita membincangkan isu ini bersama:
Dr Mohammad Fitri Zainuddin, Pakar Perunding Psikiatri

Serta perkongsian daripada ibu dan anak:
Ani Mayuni & Wirda Viviana Zairi

Saksikan perbincangan penuh tentang memahami dunia remaja kerana di sebalik setiap tingkah laku, ada cerita yang perlu didengari.

#PopFamilyPodcast #BukanSekadarBuli #RemajaMalaysia #ParentingMalaysia #KeluargaModen #KesihatanMentalRemaja #buli