“Saya tak terkejut bekas suami berkahwin lain, tapi saya terkejut bila wanita yang dikahwininya adalah adik kandung saya sendiri.”
Demikian luahan Mastura dari Singapura yang kisahnya tular di media sosial selepas adik kandungnya berkahwin dengan bekas suaminya pada bulan lalu.
Mastura mengakui dia pernah menghalang perkahwinan itu atas sebab-sebab tertentu, malah sudah cuba memberi penjelasan kepada keluarga, namun suaranya tidak diendahkan.
Apa yang paling dirisaukan, dia tidak mahu apa yang pernah dilalui sepanjang perkahwinannya dahulu berulang kepada adiknya.
Hubungan yang dahulunya sangat rapat kini menjadi renggang selepas perkahwinan tersebut.