'Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegur Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan supaya tidak 'pukul rata' orang Melayu-Islam dengan perbuatan individu yang melakukan kesalahan susulan kenyataannya bahawa salah laku atau penyelewengan seolah-olah tidak menjadi isu sekiranya dilakukan oleh orang Melayu-Islam.
Mohd Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, sebarang kesalahan perlu dilihat berdasarkan perbuatan individu terbabit dan tidak wajar dikaitkan dengan keseluruhan masyarakat Melayu hanya kerana pelakunya berbangsa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791606/berita/politik/jangan-pukul-rata-semua-melayu-islam-sakau-duit-rakyat---radzi-jidin-tegur-mohd-sany
#SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat