Surprise Me!

Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam

2026-08-20 967 Dailymotion

Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam

Peguam mewakili pemuda dalam insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar baru-baru ini menegaskan bahawa tiada sebarang unsur pembunuhan atau penyeksaan kejam seperti yang didakwa dan ditularkan di media social, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Peguam terbabit, Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, berkata, pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen pada Khamis secara jelas hanya menyatakan anak guamnya dituduh secara tidak munasabah menjerut seekor anjing jantan menggunakan peralatan gelung tali sehingga menyebabkan kesakitan.

Beliau memohon agar pihak media serta netizen tidak mempesongkan fakta kes atau mereka-reka cerita yang tidak wujud dalam kertas pertuduhan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792776/berita/semasa/kes-rocky-tiada-perkataan-membunuh-dalam-pertuduhan-netizen-dituntut-mohon-maaf---peguam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrocky #mahkamah #keskematiananjing