Kerajaan mengekalkan had terhadap pekerja asing pada 13 peratus daripada jumlah tenaga kerja Malaysia, selepas mengurangkan pergantungan negara kepada buruh asing daripada 15 peratus.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin berkata, kerajaan berhasrat menurunkan kadar itu lagi kepada 10 peratus menjelang 2030.