Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dan cucunya berusia 23 tahun maut selepas Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Seorang lagi mangsa yang juga pemandu kini menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.