Pakar Nutrisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Fara Wahida Rezali mengingatkan bahawa tempoh berpuasa hampir 14 jam sehari boleh menyebabkan dehidrasi, sembelit dan gastrik. Beliau menasihatkan agar orang ramai memastikan pengambilan 6 hingga 8 gelas air sehari mengikut panduan yang disyorkan KKM, termasuk pengagihan waktu minum antara sahur, berbuka dan selepas solat tarawih.