Honda Civic Type R FL5 bukan sekadar hadir menerusi pasaran recond, malah model berprestasi tinggi ini turut dibawa masuk dan dijual secara rasmi oleh Honda Malaysia sejak 2023.
Sehingga kini, hampir 170 unit telah terjual, sekali gus mencerminkan penerimaan positif terhadap Civic Type R FL5 dalam pasaran tempatan.
Namun, apakah perbezaan antara unit rasmi Honda Malaysia dengan model recond?
Dan adakah Honda Malaysia bakal menawarkan pilihan warna lain untuk Civic Type R FL5 pada masa akan datang?